Iklan Free

Tuesday, August 19, 2014

Lelaki Buncit Semakin Menjadi Pilihan & Idaman Wanita


Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah kita ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan pada kita.Marlah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik sempat buat sedikit bancian dan interview perempuan lingkungan 22-25 berkaitan dengan fizikal lelaki. Agak mengejut 7 dari 10 menyukai lelaki yang berisi dan buncit.
Kedengaran agak kelakar tetapi itulah realiti yang berlaku sejak akhbar menyiarkan bahawa lelaki buncit ini adalah lelaki penyayang. Kebenarnya tidak di ketahui. Acik tanya juga kenapa menyukai lelaki buncit ?

Alasannya mudah kerana mereka rasa mereka comel dan rasa "secure" dan mereka lebih romantik. Yelah nanti kalau ada orang ganggu boleh dia jadi tempat berlindung.Ada juga yang kata bahawa lelaki buncit ini penyayang. Lelaki buncit ini di katanya lelaki yang pemurah lagi-lagi soal makanan, mesti akan di belanja dan shopping sakan.
 Kata mereka lelaki yang handsome, bergaya ini susah di jaga dan pastinya menjadi rebutan ramai wanita di luar sana. Jadi lebih selamat jika bersama lelaki besederhana. Ini hanya pandangan segelintir sahaja tidak mengambarkan majoriti untuk masyarakat di luar.
Semuanya berbentuk subjektif dan terpulang kepada citarasa masing-masing.Jika benar baguslah kerana zaman sekarang ini tak ramai perempuan menyukai melainkan dompet yang tebal. Tapi apa pun kita lelaki perlu juga jaga kesihatan dan penampilan diri. Jangan kita kelihatan selekeh dan muda-muda dah dapat penyakit kencing manis dan darah tinggi, berbadan yang sehat itu lebih bagus.
Buncit itu seksi ?

Oh ya Allah, itu tak tahulah tang mananya seksi. Mungkin apabila pakai baju dan kadang kala baju terangkat nampak perutnya itu namanya seksi. Nasihat acik juga untuk di luar sana walhal ada mengatakan bahawa lelaki buncit itu seksi janganlah pula pakai baju ketat-ketat.Seksa kelihatan dan susah untuk bernafas. 
 
 Selepas membaca entri ini jangan pula kamu mengambil kesempatan. Ambil peluang untuk curang dan berkelakuan yang tidak baik. Setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri. Pilihlsh yang terbaik untuk hidup kamu. Paling penting pilihlah agamanya inshaAllah bahagia. 
 
Sumber Asal : http://www.akupenghibur.com
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members