Iklan Free

Tuesday, July 9, 2013

Tutorial photoshop : Pengenalan kepada photoshop

Thomas Knoll

Adobe photoshop adalah program untuk mengedit grafik yang telah dibangunkan dan di terbitkan oleh Adobe Systems.

Sejarah Photoshop
Pada tahun 1987, Thomas Knoll iaitu seorang pelajar PHD di University of Michigan telah mula menulis aturcara pada Macintosh Plus untuk memaparkan imej grayscale di paparan monokrom. Program ini dipanggil papar, dan abangnya John Knoll dan pekerja Industrial Light & Magic telah mencadangkannya supaya menukarkannya kepada "full-fledged image editing program

Thomas menangguh masa pengajiannya selama 6 bulan pada tahun 1988 untuk berkolaborasi bersama abangnya untuk membina program yang dinamakan "ImagePro." Pada tahun selepas itu Thomas telah menamakan pula programnya sebagai Photoshop iaitu yang kita kenali kini. Thomas bekerjasama dengan syarikat pengeluar scanner iaitu Barneyscan untuk mengedarkan salinan program dengan slide scanner. Sebanyak 200 salinan photoshop telah diedar dengan cara ini

John telah melancong ke Silicon Valley dan memberikan demonstrasi program kepada jurutera Apple dan Russell Brown pengarah seni di Adobe. Kedua-dua pertunjukkannya berjaya dan Adobe telah mengambil keputusan untuk membeli lesen dan di edar pada september 1988. Ketika John bekerja membuat plug-ins di california Thomas pula telah menulis kod program di Ann Arbor. Photoshop 1.o telah dikeluarkan pada tahun 1990 khususnya untuk Macintosh.
Adobe Photoshop CS2

Penggunaan Photoshop
Kini Photoshop telah berkembang maju dan ciri-cirinya juga dikemaskini dari tahun ke tahun. Penggunaan Adobe photoshop juga semakin meluas dan segenap lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Pengembangan photoshop telah memudahkan pengguna photoshop mengedit gambar dengan lebih cepat dan menarik.

Antara versi photoshop yang paling awal adalah adobe photoshop 7. Dan sehingga kini versi terbaru yang telah dikeluarkah oleh Adobe ialah Adobe Photoshop CS5.

Adobe Photoshop 7


Pengenalan kepada toolbox 


Toolbox

Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam,
alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, m embuat
mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan -kemudahan ini digabungkan dengan
Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah
sesuatu imej secara digital.

Rajah 1: Alat Toolbox

Palettes

Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:

Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa
berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan -
kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa -apa imej pada
layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan
bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana
filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
Rajah 2: Layers


History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej
anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej -imej yang asli tanpa perlu membuka fail
yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa pr oses
menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda
kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Rajah 3: History

<-- be="" continue..="" editing...="" in="" to="">


0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members