Iklan Free

Friday, July 12, 2013

                          
Kelantan telah di nobatkan sebagai juara Piala FA 2013 setelah mengalahkan pasukan johor DT dengan keputusan 1 - 0. Kemenangan ini diperoleh hasil daripada jaringan Nor Farhan Mohamad hasil dari umpanan cantik piya atau badhri radzi. Sebelum itu kelantan telah terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi di hampakan oleh kecekapan penjaga johor DT al-hafiz.

Kemenangan ini sekaligus mengekalkan piala FA di kota bharu selepas kelantan memenanginya pada tahuan 2012. Dengan kejayaan ini kelantan berjaya membuktikan pasukan yang di kenali dengan the red warriors ini masih unggul di liga malaysia walaupun terlepas piala liga super yang dimenangi tahun lalu kepada pasukan Lions XI. Kejuaraan ini sebenarnya tidak di jangka mampu dicapai kerana pada permulaan musim lagi kelantan mempamerkan persembahan yang terumbang ambing dan tidak konsisten. Pemergian 3 pemain kelantan iaitu Nur Shahrul idlan talaha, Nurul Azwan Roya dan Muhammad Ghaddar telah merencatkan permainan kelantan di awal musim.

Namun selepas kemasukan pemain import baru Dickson Nwakaeme mengggantikan keita mandjou telah merubah perjalanan bola sepak kelantan. Kemenangan demi kemenangan dicapai seterusnya berjaya merangkul piala Fa 2013. Dengan kemenangan ini juga melayakkan kelantan ke saingan Piala AFC tahun 2014. Tanhian kelantan.. Semoga berjaya menjadi juara untuk piala malaysia 2013 pula. Gomo Kelate Gomo. (GKG)

          

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members