Iklan Free

Tuesday, July 30, 2013

Fakta Menarik perpindahan pemain Bola Sepak Malaysia .

- Azrul Amri Burhan pernah telah didatangi oleh Michel Platini(lagenda Perancis) untuk menyertai kelab utama liga Perancis Montpellier FC. Dikhabarkan kelab tersebut bersedia untuk membayar Rm1 juta sebagai yuran perpindahan kepada KLFA pada tahun 1995.

- Azman Adnan sewaktu bermain utk Kuala Lumpur. KL, dalam usaha mereka untuk memastikan ayam tambatan mereka tidak terlepas, mereka tidak teragak-agak untuk meletakkan harga RM1 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmat Azman. Namun hasil perbincangan lanjut ketika itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tan Sri Elyas Omar bersetuju melepaskan Azman ke Selangor dengan yuran perpindahan dalam lingkungan RM250,000 - RM300,000 .

- Yusri Che Lah pernah mengegarkan bola sepak negara apabila perpindahan beliau dari Perlis ke MPPJ pada tahun 2005 hanya RM1 . Perkara ini berlaku kerana tuntutan Presiden Bola Sepak perlis ketika itu mahau MPPJ membayar RM 100,000 sebagai yuran perpindahan . Yusri Che Lah berpendapat pengurusan Perlis sengaja mahu membantutkan karrier pemain itu . Akibat luahan pemain tersebut , pengurusan Perlis hanya meminta RM1 sebagai yuran perpindahan Yusri Che Lah dan syarat ketika itu pemain yang berpindah layak menerima 10% dari nilai perpindahan . Perkara yang paling menarik Yusri Che Lah menerima 10% dari nilai perpindahan iaitu RM 0.10 / 10sen / sekupang / seposen dari nilai tersebut .

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members