Iklan Free

Tuesday, July 9, 2013


Perkenalan Razak dan Shila bermula apabila mereka sama-sama melanjutkan pelajaran ke menara gading. Hubungan mereka ibarat belangkas kerana ke mana sahaja mereka pergi pasti berdua. Malahan mereka berdua tinggal sekampung dan amat mengenali keluarga masing2 dan mendapat restu keluarga.

Razak sangat suka menolong ibu Shila berniaga makanan dan ternyata ibu shila sangat menyenangi kehadiran Razak. Razak juga ringan tulang dan suka menolong keluarga Shila dan ini menyebabkan hubungan mereka bertambah erat.

Tetapi Razak adalah lelaki yang pemalas dan suka melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain dan yang menjadi mangsanya adalah Shila. Shila terpaksa membuat 2 kerja untuk 1 subjek semata-mata kerana cintanya kepada Razak dan Shila pula tidak pernah sekalipun merungut. Ini menyebabkan Razak naik kepala dan suka mengarahkan shila membuat tugasannya.

Razak tidak pernah berubah sikapnya, semakin hari dia semakin melampau dan ini membuatkan Shila mula makan hati dengan sikap Razak. Tapi oleh kerana dia tidak mahu hubungan mereka hancur kerana perkara ini shila mendiamkan diri sahaja.

Pada akhir semester, mereka berdua telah menjalani praktikal untuk melayakkan mereka mendapat ijazah. Sikap kemalasan Razak tidak pernah berubah dan Shila jugalah yang terpaksa menyiapkan laporan untuk Razak.

Razak telah memaksa Shila supaya membuat laporan praktikumnya padahal Shila juga sibuk menyiapkan laporannya. Razak terus memaksa dan mengugut serta ingin meninggalkannya sekiranya Shila tidak membantunya membuatkan laporan praktikum untuknya.

Mahu tidak mahu terpaksalah juga Shila membuatkan laporan tersebut, saban hari Razak bertanya tentang laporannya. Shila menangis di dalam hati tetapi tidak berani meluahkan kepada Razak kerana dikhuatiri Razak akan meninggalkannya.

Akhirnya laporan praktikum Shila dan Razak berjaya juga disiapkan. Razak telah menelefon Shila dan bertanyakan tentang laporan praktikumnya. Setelah Shila mengatakan laporan itu telah di hantar, Razak terus meletakkan telefon dan tidak menelefon atau menghantar pesanan kepada Shila lagi. Sejak itu Shila tidak lagi mendengar berita tentang Razak. Shila berasa sangat menyesal kerana telah di tipu oleh razak, tetapi apakan daya masa tidak boleh di undur lagi.


Ini adalah karya asal admin akudanlaptopku.blogspot.com 

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members