Iklan Free

Thursday, October 4, 2012






Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk mempunyai anak, kerana anak adalah penyeri hidup dan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Hal ini sememangnya di akui oleh ramai orang yang telah mempunyai anak, kerana anak juga ada pasangan yang hampir bercerai tetapi membatalkan niat kerana tidak mahu merosakkan masa depan anak mereka.

Normal sebagai manusia kita suatu akhir nanti akan mempunyai anak, ini sememangnya resam manusia. Sebuah putaran hidup iaitu dari seorang bayi menjadi kanak-kanak, remaja seterusnya dewasa. kemudian anak kita pula yang meneruskan putaran hidup kita dan selanjutnya.

Namun, persoalannya mampukah kita menjadi bapa atau ibu yang baik kepada anak-anak kita. Sebagai orang islam, kita wajib menyediakan anak kita ke arah keagamaan. Mengingatkan supaya memilih kedua-dua sekali dunia dan akhirat, bukan keduniaan sahaja.

Sedari kini ramai pasangan yang mempunyai anak tetapi mengabaikan pendidikan agama mereka, sebaliknya menggalakkan mereka dengan nyanyian dan perkara-perkara yang melalaikan. Hasilnya anak-anak sekarang menjadi remaja yang ganas, suka memberontak dan tidak ambil kisah tentang halal dan haram. Ramai ibu bapa yang kecewa dengan anak mereka apabila mereka sudah membesar dan melawan kata-kata mereka.

Tetapi antara sedar atau tidak kitalah yang mencorakkan mereka, kitalah yang mendidik mereka. Jika dari awal kita mendidik mereka ke arah kebaikan mustahil mereka akan jadi sebaliknya.

Disebabkan itu dalam kegembiraan kita menerima kehadiran seorang anak, perlu diingatkan juga kita sebenarnya sedang memikul tanggungjawab yang besar.  Tanggungjawab yang akan disoal kelak oleh yang maha agung pemilik cakerawala.

Dan aku, pemilik blog aku dan laptopku juga mungkin akan memikul tanggungjawab tersebut selepas ini. Keresahan untuk memikul tanggungjawab sememangnya membuat aku berasa berdebar, tapi dalam debaran itu terselit kegembiraan yang tidak di ucapkan. : ) Insyaallah..

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members