Iklan Free

Wednesday, November 3, 2010

LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson dikatakan gagal menggunakan sepenuhnya kehebatan pemain bertaraf bintang yang membarisi skuad The Reds musim ini.
Akibatnya, rentak mereka sumbang dan terus berada dalam keadaan terumbang-ambing
Demikian pandangan bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez ketika melontarkan kritikan ke atas Hodgson.
Benitez naik angin setelah Hodg- son menyalahkan pemain yang ada dalam skuad tersebut sebagai punca kepada prestasi hambar mereka pada awal musim ini.
Hodgson juga menyelar tindakan Benitez yang tidak membenarkan pemain legenda Liverpool, Kenny Dalglish berada di padang latihan Melwood sehinggalah beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus pada musim panas lalu.
Begitupun, jurulatih Inter Milan, Benitez membalas semula kritikan tersebut dengan menyatakan: "Hodgson sebenarnya tidak faham. Setiap jawapannya dalam sidang media semakin teruk berbanding sebelumnya.
"Dia bercakap tentang perkara yang dia sendiri tidak tahu.
"Saya panggil semula Kenny Dalglish untuk memegang satu peranan di kelab itu, cuma pengarah urusan, Christian Purslow yang memberinya peranan lain. Tetapi Hodgson tidak tahu perkara ini.
"Daripada bercakap tentang kegagalannya sendiri, lebih baik dia (Hodgson) menumpukan perhatian kepada pemainnya dan memperbai- ki lagi cara pengurusannya. Dia ada tugas besar untuk dilaksanakan.
"Dia membawa sembilan pemain baru, saya pula tinggalkan skuad itu dengan hanya membelanjakan £10 juta (RM50 juta) termasuk 13 pemain antarabangsa.
"Jadi dia sepatutnya fokus terhadap tugasnya dan jangan mengkritik tahap kualiti pemainnya. Ia akan memberi faedah kepada kelab dan juga penyokong mereka." - Agensi

p/s : selepas dia kritik pasukan kendalian hodgson, malam tu pasukan baru dibimbingnya kalah 3 - 1 dengan tottenham. adoiii.. malu la skit benitez jangan suka kritik orang sangat.

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members