Iklan Free

Thursday, September 23, 2010


Tertarik dengan artikel dari utusan malaysia tentang filem kita. Walaupun negara kita di katakan sebagai negara islam, tetapi industri perfileman kita jarang mengeluarkan filem yang bercirikan islam.

Cuba lihat kebanyakan filem hari ini, mesti ada pasal disko, joget2, lepas tu mabuk2. ADakah ini gaya orang islam. Lagi satu yang aku perasan, cerita melayu tetapi bangkit tidur lewat. Dah tengahari baru bangun, ke mana subuhnya?? Walaupun ini hanyalah cerita tetapi ia sedikit sebanyak memberikan tanggapan negatif kepada pengganut agama lain.

Pelakon juga semakin berani berpeluk-pelukan dan menunjukkan adegan yang panas (walaupun tidak ditunjuk secara terangan) di dalam cerita. Pelakon wanita juga semakin lama semakin seksi, adakah kerana berlakon kita dibenarkan seksi. "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Ada sesetengah filem, si heroin.. aduh punya lah baik, sopan santun, hormat orang tua, tapi bila kat luar dot dot dot.. Hidup mereka penuh dengan lakonan.

Pada pandangan aku, sekiranya produser ingin menerbitkan filem bercirikan islam, lebih elok sekiranya pelakon yang di ambil adalah dari pelakon yang sememangnya mempunyai ciri2 yang baik, bukan baik semata-mata untuk lakonan sahaja. Ini kerana penonton mungkin tidak terkesan dengan pelakon yang terkenal dengan imej seksi tiba2 berubah menjadi baik, menjilikkan.

Dikatakan filem2 islam amat kurang penerbitannya adalah kerana peminatnya yang kurang
Betul ke peminat cerita islam kurang memberi sokongan?? Tepuk dada tanya selera.

Mahukah kita membiarkan sahaja anak2 kita terpengaruh dengan lumba haramnya, diskonya dan macam2 lagi?? Nauzubillah...

p/s : dah boring tengok cerita hantu..

2 comments:

  1. Kerana kebanyakan penulis skrip, pengarah serta produser filem itu pun bukannya Melayu Islam, tak pergi buat kajian mendalam ttg Islam atau merujuk kpd jabatan agama dulu sebelum buat filem. Pemuda pemudi pula ramai dah disogokkan filem2 Barat yg berunsur pelik sehingga mereka rasa cerita ttg agama dlm filem Melayu sgt membosankan. Ini kerana pembuat cerita itu juga seorg yg membosankan bila masuk bab agama. Kita patut contohi filem Ayat2 Cinta dari Indonesia yg agak berat tetapi mampu menarik ramai penonton Melayu Islam muda.

    ReplyDelete
  2. betul tu.. sekarang ni cerita2 macam ni dah diterima penonton.

    ReplyDelete

Keladi Air Followers

Keladi Air Members