Iklan Free

Sunday, September 19, 2010

l



i




Jarak perjalanan dari pusat bandar rompin ke Endau adalah 45km dan mengambil masa kira2 hampir setengah jam. Kedudukan endau ini jauh ke dalam hutan dan jalannya yang sempit menyebabkan kereta di pandu perlahan sahaja. Tambahan lagi jalannya berbukit bukau.

Sepanjang perjalanan jarang sekali kami berselisih dengan kenderaan lain. Untuk masuk ke Endau ini, cas melawat dikenakan iaitu rm2 kanak2 dan rm5 orang dewasa.

Aliran sungai ini deras dan banyak batu batuan. Ianya sangat tidak sesuai untuk bermandi manda dan tidak berbaloi kepada sesiapa yang berniat untuk mandi kerana batunya yang berlumpur dan mudah tergelincir jika memijaknya.

Pemandangan di endau rompin ini sangat cantik dan terpelihara dengan keindahan hutannya. Tetapi tandas yang disediakan seperti tidak terurus, kotor dan tidak ada air. Harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan supaya kebajikan pengunjung dijaga.

~ ramadhan blog 17/09/2010

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members