Iklan Free

Sunday, August 8, 2010


Printer offline..

Ramai sangat orang yang tanya aku pasal ni, antara soalannya macam ni
- Kenapa ek aku tak boleh nak print, printer tu keluar popup kata printer offline tapi aku da check printer tak ada masalah.

So aku pun tergerak nak berkongsi ilmu yang aku ada ni hasil dari bisnes printing yang aku buat masa kat kolej dulu. Kata orang berkongsi ilmu ni tak rugi tapi makin banyak kita kongsi makin banyak kita dapat. insyaallah...

Perkara 1 :
Perkara paling penting yang korang kena pastikan adalah, usb kabel printer telah di plug-in dengan betul. Untuk memastikan sambungan kabel printer betul, sila perhatikan pada popup sebelah kanan bawah sekali pada skrin laptop atau PC anda. Jika terdapat paparan imej printer maka sambungannya berjaya.

Perkara 2 :
Kebiasaannya printer offline terjadi apabila pengguna menggunakan lebih daripada satu printer, maknanya korang telah menginstall lebih daripada 1 driver printer pada laptop korang dan ini telah menimbulkan konflik pada konfigurasi printer tersebut.
Start --> Control Panel --> Printers

Imej printer akan dipaparkan, Printer yang anda hendak gunakan mestilah dalam keadaan online/available. Klik kanan mouse anda pada imej printer yang hendak anda gunakan(check model printer yang anda hendak gunakan). Kemudian klik "Use printer Online".
Selesai.. Jika anda masih tidak dapat menggunakan printer tersebut cuba Perkara 3

Perkara 3 :
Kadang-kadang printer kehabisan dakwat warna, so anda tidak dapat print selagi anda tidak tekan butang "resume" pada printer selama 5saat. Tekan pada butang resume tanpa melepaskannya dalam masa 5 saat dan pastikan lampu yang berkelip-kelip pada printer berubah dan tidak berkelip lagi.

*Tutorial ini adalah untuk pengguna printer canon sahaja.
**Sebenarnya banyak masalah tentang printer ni, tak larat aku nak senaraikan semua, so kepada yang hendak bertanya soalan silalah post pada komen dibawah ni yer. Jangan segan2, aku akan cuba bantu selagi terdaya.

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members