Iklan Free

Sunday, August 8, 2010


Puasa..? hmm. Menahan lapar dan dahaga dari terbitnya matahari dan terbenamnya matahari. Semua org tau pasal puasa tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh korek hidung dan sebagainya. Tapi pernahkah kita terpikir adakah puasa kita sempurna?? Sedangkan dari pagi sampai la ke waktu berbuka , kita kat depan tv je. Tengok pompuan2 separuh bogel(pakai tak menutup aurat) kat tv, boleh ke macam tu?? Bukan ker masa berpuasa ni kita perlu menjaga mata kita dari melihat benda-benda yang tak senonoh.

Tapi boleh ke kita menonton tv tanpa melihat perempuan2 seksi, model2 iklan yang menjolok mata?? padahal 10 minit sekali iklan akan dipaparkan. maka.. ehem2 tau2 je la yer. skali iklan 2 - 3 minit dalam satu citer ada 5 -7 iklan. cuba kira 2 X 5 = 10minit. dalam satu citer kita dah tgk sehingga 10minit benda2 macam tu. perasan tak anda?? nanti time pegi beli juadah dapat tgk yang real pulak. huhuh.. memang btul2 dugaan. banyak betul kan dugaan bagi orang yang berpuasa ni. Ye la, syaitan kan dah berjanji akan sedaya upaya untuk menganggu iman orang2 islam ni. Tp yang menjadi masalahnya mampu ke kita yang lemah iman ni menepis godaan jahat syaitan ni.. mampu ke korang rasa.

Sepatutnya masa berpuasa kita kena berubah, kuatkan diri pada agama, banyakkan membaca al-quran dan hindar dari melakukan perkara-perkara maksiat, betul tak?? kalo tidak menonton tv pun, mereka akan tido, tido dan tido sampai terabai solat 5 waktu. boleh ke macam tu, sedangkan solat kan tiang agama. sedangkan nabi pergi berperang masa berpuasa.

Aku nak cerita pengalaman aku kat kolej, hampir semua pelajar-pelajar akan berpuasa, kecuali yang tidak sihat(haid n etc). buktinya pasar ramadhan penuh dengan pelajar2 yang datang untuk membeli makanan untuk berbuka. Tapi yang jadi masalahnya, kuliah pagi mereka biasanya akan kantoi. kelas pukul 8pg dibantainya pukul 845pg baru sampai. tak termasuk lagi masa untuk keluarkan nota dari buku, sembang2 dengan kawn2. hmm.. so dah berapa banyak masa kita bazirkan. Tapi tak apalah kan, mereka masih boleh dimaafkan sebab lecturer pn paham pasal ni.

Tapi yang teruknya apabila ada segelintirnya yang berpuasa sama dengan orang lain, puasa tidak pernah tinggal tapi bila time solat dorang terlena.. menonton movie la dan macam2 la lagi yang sebabkan dorang tidak bersolat. Sedangkan solat lima waktu adalah tiang agama, perkara yang wajib dilakukan sebagai umat islam. Hanya puasa yang diutama tapi solat diabaikan.

Hmm.. apa la nak jadi, tegurkan nanti kata penyibuk pulak. walhal rasulullah telah bersabda supaya kita sebagai umat islam haruslah saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Tepuk dada tanya selera lah yer bagi siapa2 yang pernah buat macam ni. Cuma kita kena ingat, sanggup ke kita nak biarkan puasa kita rosak macam tu jer. sedangkan puasa hanya sebulan sekali. lagipun panjang lagi ke umur kita untuk postpone ke next puasa. sedangkan kita pn tak tahu umur kita sampai mana kan.

Esok ke, lusa ke, atau sebentar saja lagi? wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members