Iklan Free

Wednesday, August 4, 2010

Aku nak berkongsi pengalaman dengan korang pasal jual topup secara sms ni. First time aku jual topup ni masa aku kerja part time kat shah alam. Masa tu aku baru je lepas diploma dan tunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran. So aku pun kerja sementara la dengan abg ipar aku kat sana.

Baca lagi..

Kerja aku biasa-biasa jer tolong-tolong macam tu je bukan ada kerja sangat pun. eh.. melencong ke lain plak dah.

Pastu nak dijadikan cerita staff kat pejabat abg ipar aku tu promote la kat aku jual topup. Masa tu aku register RM20 jer. Promosi katanya so kira untung jugak la aku sebab dapat daftar murah. Syarikat yang aku join ni nama dia Mas_ _ _ reload, terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Aku join ni pun secara terus jer dengan staff tu. Tak der tengok2 pun profit jualan.. (nampak sangat tak der pengalaman time tu). Aku bagi duit kat dia dan besoknya dia daftarkan aku jadi agen.

Aku pun start la menjual topup, tak banyak pun pelanggan sebab aku bukannya biasa keluar rumah pun,asyik terperap je kat umah. Family aku la yang banyak beli topup dengan aku memandangkan aku dah jual topup so dorang tak perlu lagi la keluar beli topup kat luar.

Dalam seminggu selepas tu aku masuk belajar kat U. Aku pun teruskan la aktiviti menjual topup. Masa tu la baru aku tau profit jualan topup aku tu brapa sebenarnya, sebabnya aku dapat online kat sana so apalagi ambil peluang la kan. Profitnya maxis RM10 untung 25sen/2 = 12.5sen. Tu je aku dapat aku kata dalam hati aku?? penat-penat jer pergi masukkan modal tapi dapat banyak tu jer. Tapi ok la kan daripada tak dapat income langsung.

Company topup yang aku masuk ni jenis macam MLM, cari-cari orang macam tu la. So aku promote la kat orang-orang yang berminat nak jual topup supaya register dengan aku. Dapat la customer 2, 3 orang. Profit yang aku dapat daripada mereka ialah apabila mereka menjual topup, dan hasil profit dorang jual tu aku dapat la sikit, MLM la katakan.

Tetapi.. masalahnya menjual topup dengan company ni ialah apabila tersilap menghantar mesej(salah kod) dorang akan tolak 20sen. 20 sen tu sekali tolak, untung pun 12 sen je, patut ke korang rasa. Pasal tu aku tak der la kisah sangat, ye la.. jangan buat silap la kan so tak der la dorang tolak kredit tu. Tapi yang jadi masalahnya server company ni makin lama makin problem, ada je masalah jer. Topup tak masuk la, no pin tak valid dan memacam lagi. Kadang2 aku tak dapat untung pun hasil jual topup dengan company Mas_ _ _ reload ni pasal banyak sangat kena tolak. So dengan bengangnya aku kata stop, tak nak jual topup dah. Bayangkan sebulan aku jual tak dapat untung apa2. Kosong beb,, kerja amal la aku bulan tu. ptuihhh.. kurang asam punya company Mas _ _ _ reload.

So aku pun stop la jual topup. Dah tak serabut kepala dah aku pastu, tak der dah orang datang cakap topup tak masuk la apa la.

Nak dijadikan cerita aku akhirnya terlibat lagi dalam bisnes jual topup ni. Masa tu aku pegi la online dekat pusat komputer dengan member aku. Masa tu dalam pukul 12 malam, member aku tu sibuk main games facebook aku plak bukannya minat sangat games2 facebook ni. aku pun search la apa2 yang aku rasa patut.

Tingg.. tiba2 kuar idea dalam kepala hotak aku untuk search company jual topup secara sms yang baik dan bukan MLM. Cari2 punya cari, aku dapat la cari satu company ezreload namanya. Pastu aku pun berurusan la dengan master agen ezreload dan berdaftar la dibawah brother tu. Yang bagusnya ezreload ni ialah bila kita jual topup, profit direct dapat kepada penjualnya. Orang2 atas tak dapat komisen dari kita dan sebab itulah agen topup ezreload dapat profit yang tinggi.

Keuntungan jika dapat mendaftarkan agen adalah sekali sahaja. Dan keuntungan tu aku rasa lagi banyak daripada downline mas_ _ _ reload sebelum ni. Aku pun start la menjual topup dan 2 - 3 minggu lepas tu aku terus upgrade jadi master agen sebab sangat berpuas hati dengan servernya. So kalau korang rasa nak menjual topup dengan suriatopup4u jugak.. boleh la mendaftar dibawah saya. klik link ni suriatopup4u.co.cc

Insyaallah anda akan berpuas hati dengan server dan layanan dari admi.

Yang Benar,
Ramadhan

Lupa plak aku start menjual topup dengan suriatopup4u.blogspot.com pada 9/07/2009 sehingga sekarang.


Link ke site http://suriatopup4u.blogspot.com

2 comments:

Keladi Air Followers

Keladi Air Members