Iklan Free

Thursday, August 12, 2010

Percayakah kamu seorang lelaki mempunyai buah dada sebesar sebiji bola sepak. Besar tu saiz bola sepak, so mungkin antara kamu tidak percaya tetapi itulah yang dialami oleh lelaki dari cina ini.

Persoalannya, bagaimanakah beliau menanggung beban ini selama 2 tahun sebelum menjalani pembedahan. Apakah tanggapan orang ramai terhadapnya. Hmm.. kalau nak tau lebih lanjut korang kena la tanya dia sendiri yer. : )


GAMBAR menunjukkan Guo Qingpo yang memiliki buah dada
besar diperiksa oleh seorang doktor sebelum dia menjalani
pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, China baru-baru ini.

BEIJING - Buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini.

Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.

Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.

Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.
Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.

Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi
~Petikan dari kosmo 11 ogos 2010

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members