Iklan Free

Sunday, August 8, 2010

Maisara adalah anak kepada seorang Datok yang terkenal di ibu kota. Maisara juga mempunyai adik kembar bernama Mailina. Mereka sangat rapat dan selalu bersama walau ke mana sahaja. Maisara adalah kakak yang tegas, Mailina akan sentiasa mengikut sahaja kata-kata kakaknya itu. Walaupun begitu Maisara sangat menyayangi Mailina dan tidak ingin berpisah dengan adiknya itu.

Nak dijadikan cerita Maisara dan Mailina telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Mereka belajar diuniversiti yang sama tetapi hostel yang berlainan. Mereka tidak dapat menerima hakikat tetapi setelah dipujuk mereka mengalah. Tetapi mereka tetap pergi ke dewan kuliah bersama-sama. Suatu hari Maisara telah ditegur oleh seorang jejaka yang tampan, Maisara terpegun dan telah jatuh cinta kepada jejaka tersebut. Jejaka itu adalah anak kepada kawan ayah Maisara dan Mailina. Tetapi mereka tidak mengetahui perkara tersebut. Hubungan antara Maisara dan Jejaka tersebut bertambah erat dan hubungan Maisara dan Mailina makin renggang.

Nama jejaka itu adalah shahruzli, shah selalu mengambil berat tentang Maisara tetapi tidak pernah mengetahui yang Mailina adalah adiknya. Mereka makin rapat apabila menjelang hari peperiksaan, Mailina berasa risau dengan keadaan kakaknya dan menegurnya. Kakaknya sangat marah dan menengking Mailina, Mailina terasa hati dengan sikap kakaknya itu. Mereka sudah tidak bertegur sapa berminggu minggu lamanya. Mailina cuba mendekati kakaknya, tetapi kakaknya tidak memperdulikannya. Mailina berasa sangat sedih dengan perubahan sikap kakaknya.

Semasa cuti semester, Maisara telah memutuskan untuk keluar dengan shah dan mengikuti perkhemahan yang diadakan oleh Universiti. Tetapi Maisara tidak mempelawa Mailina untuk bersama mereka. Mailina berasa sangat tersinggung dengan perbuatan kakaknya, Mailina telah pulang ke rumah berseorangan diri. Bila Ibu bapanya bertanya Mailina mengatakan yang Maisara pergi bergembira bersama dengan kawan-kawannya. Ibu bapanya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Maisara kerana dia seorang anak yang degil.

Mailina yang kesedihan pergi mendapatkan ibunya dan memberitahu ibunya untuk balik ke kampung halaman iaitu rumah datuknya. Walaupun keberatan Emaknya terpaksa mengalah dan membenarkan Mailina balik ke kampung. Malam itu mailina telah menaiki bas ekspress dan sempat berpesan kepada emaknya supaya memberikan surat didalam laci mejanya kepada kakaknya apabila kakaknya balik nanti. Dalam perjalanan, bas yang dinaiki Mailina telah terbabit dengan kemalangan dan Mailina telah terkorban.

Ibu dan bapa Mailina berusaha menghubungi Maisara untuk memberitahu tragedi yang telah menimpa Mailina. Tetapi telefon bimbitnya sudah dimatikan. Setelah Mailina selamat di kebumikan, ibu dan bapa Mailina pulang ke rumah dengan hampa dan sedih. Mereka sangat berduka cita kerana Mailina seorang anak yang baik dan tidak pernah membantah kata-kata mereka. Setibanya mereka dirumah, mereka ternampak kelibat seorang gadis dan bila dihampiri rupanya gadis itu adalah Maisara. Selepas membuka pintu rumah, mereka masuk dan duduk disofa. Ternyata Maisara masih tidak mengetahui adiknya Mailina telah pergi untuk selama lamanya.

Maisara berasa pelik apabila melihat air mata ibunya mengalir tidak henti-henti. Maisara mendapatkan ibunya dan bertanya kenapa ibunya menangis. Setelah ibunya menceritakan segala galanya kepada Maisara, Maisara jatuh pengsan. Bila tersedar sahaja dari pengsan, dia memandang potret yang terdapat didalam biliknya. Potret itu adalah wajahnya dan Mailina. Maisara menangis semahu mahunya dan berasa sangat menyesal kerana tidak sempat meminta maaf kepada adiknya. Ibu Maisara telah datang kepadanya dengan membawa surat yang telah dipesan oleh Mailina sebelum kematiannya.

Isi kandungan surat itu telah membuatkan Maisara menangis semahu mahunya,,

kakak ku Maisarah,
Hari ini adik dimarahi oleh kakak. Adik berasa sangat sedih, tapi adik tak marahkan kakak. Adik sayangkan kakak dan adik tak akan berdendam dengan kakak. kakak, apakah salah adik sampai kakak sanggup biarkan adik terkontang kanting seorang diri?. Adik sedih tapi adik redha, adik doakan kebahagiaan kakak. Adik mintak maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maafkan salah silap adik yer kakak, terima kasih kerana telah menjaga Mailina.

Salam sayang dari,
Mailina.

Selepas membaca surat tersebut Maisara jadi tak tentu arah, Maisara memekik2 memanggil nama adiknya. Maisara jadi kurang siuman. Akhirnya Maisara telah mengantung diri akibat tidak dapat menerima kelakuannya terhadap adiknya. ~Tammat

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members