Iklan Free

Thursday, August 5, 2010


Dewasa ini, gejala sosial semakin lama semakin teruk dan merebak bukan sahaja kepada remaja malahan golongan2 dewasa juga. Topik yang aku nak bincangkan pada kali ini adalah pasal isteri curang. Kes ini makin menjadi-jadi dan kalau korang baca suratkhabar, memang banyak kes isteri curang dilaporkan malah boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kisah isteri curang.

Apakah itu isteri curang?? curang disini bermaksud menduakan sesuatu dengan benda lain. Oleh itu aku definisikan isteri curang adalah seorang isteri yang telah membelakangkan suaminya dan mengadakan hubungan dengan lelaki lain. Hubungan ini seperti lelaki dan wanita yang belum beristeri atau bersuami. Mereka bercinta, keluar bersama, makan bersama dan kadang2 terlanjur(kebiasaannya).

Artikel tentang isteri curang yang aku dapat dari internet:-
- Suami tangkap isteri curang
- Suami pitam cekup isteri curang
- Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

So apa yang aku nak kongsi kat sini adalah perkara-perkara yang aku fikir yang menyebabkan kejadian seperti ini semakin berleluasa.
1. Laman web sosial(friendster, facebook dll.
2. Chatting(YM, MIRC etc.).
3. Sms(paling banyak dan paling cepat).

Kenapa aku kata laman web sosial?
Ya, Ini kerana melalui laman web ini mereka dapat bertemu(secara maya), bertanya khabar dan macam2 lagi la. Dengan cara ini dalam diam2 akan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Tapi kenapa?
Ya, ini kerana laman web sosial telah menghubungkan kembali kawan-kawan lama yang sudah lama terputus, dan antara kawan-kawannya mungkin terdapatnya bekas kekasih hatinya. Mereka akan saling bertanya khabar, gelak ketawa dan sekaligus membangkitkan kembali perasaan cinta yang telah pudar sejak sekian lama. Hubungan ini dari hari ke hari akan bertambah erat dan diteruskan sehingga ke dunia realiti dan akhirnya terjadilah kes isteri curang.

Kenapa aku kata Chatting?
Ya, lebih-lebih lagi sekarang terdapat banyak laman sembang(chatting) yang ditawarkan. Melalui laman sembang ini mereka dapat berkenalan dan beramah mesra.
Tipu?? Takkanlah bersembang pun boleh jadi curang
Mesti ada kalangan korang yang mempersoalkan pasal ni kan, tapi biasalah manusia memang sentiasa akan membangkang dan terus membangkang sehinggalah terkena pada mereka sendiri. Kenapa yer..

contoh:
abu: hai, apa khabar
minah : baik, u plak macamana
abu : i sihat.. u dah makan ke
minah : sudah, u org mana ek..
abu : orang _ _ _ _ _
...........
abu : awk, mintak no. hp
minah : 01*-0123456*

macamana?? tak cukup lagi bukti ni. Tapi tidak semua lelaki jahat dan ada sesetengahnya memang berniat untuk berkenalan bagi mencari pasangan hidupnya. Itu memang akui..

Tetapi ada sesetengah mereka mempergunakan laman sembang untuk mencari kawan sex. Dan mengajak mereka melakukan di tempat tempat yang telah mereka rancangkan. So, korang rasa semua perempuan yang ehem2 tu single ke? pikir2 la sendiri yer..

Kenapa aku kata sms/call?
Ya, ini lah jalan paling singkat untuk berkenalan. Semudah ABC.. Mereka dapat berhubungan semasa si suami tiada dirumah. Bermain mesej, calling2, panggil sayang.., kanda, dinda.. adakah anda sebagai lelaki tidak cair dengan panggilan macam ni.

>>Ini semua pandangan dan pemerhatian aku sahaja berdasarkan rujukan dari suratkhabar, internet dan majalah-majalah.

Tapi mahukah kita, isteri yang kita sayang, rindu dan kasih berpaling tadah pada kita. Hmm.. sungguh tidak dapat difikirkan.

Sama2lah kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah-kisah yang telah berlaku. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ni. amin...

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members