Iklan Free

Wednesday, August 18, 2010

Chelsea

Musim baru epl 2010/2011 baru sahaja bermula dan pasukan2 handalan seperti manchester united, chelsea, arsenal dan liverpool akan cuba sedaya upaya untuk menjadi juara pada musim ini yang di pegang oleh chelsea.


Arsenal

Musim lalu manchester united hanya dipisahkan satu gol sahaja dengan chelsea bagi menghalang mereka daripada menjadi juara liga perdana inggeris musim 2009/2011. Pada musim ini banyak pasukan telah memperkuatkan pasukan masing2 dengan membeli beberapa pemain baru dan menjual pemain2 lebihan mereka.

Pasukan manchester city adalah pasukan yang paling banyak sekali mengeluarkan belanja untuk membeli pemain2 impian mereka. City yang dibimbing oleh Roberto Mancini iaitu bekas pengurus inter milan telah menggunakan lebih daripada 100juta untuk membeli pemain seperti yaya toure, kolarov, balotelli dan lain2. Ini sekaligus memberikan tekanan kepada Mancini bagi memberikan kejayaan kepada pasukan yang dibimbingnya itu.



Manchester United

Pasukan2 handalan lain seperti man utd dan chelsea hanya berbelanja kecil dan membawa masuk pemain2 muda sahaja ke dalam pasukan. Chelsea kini dikenali sebagai pasukan kuda tua kerana rata-rata pemain mereka berumur lingkungan 30 tahun. Ini bermakna mereka adalah pasukan yang berpengalaman jika diukur pada usia pemain2 mereka.

Arsenal telah membawa masuk pemain idaman mereka iaitu chamakh sebagai senjata serangan mereka pada musim ini. Tetapi kelemahan utama yang dapat dilihat pada pasukan ini ialah pada bahagian pertahanan. Dengan pemergian pemain2 berpengalaman seperti gallas dan campbell membuatkan benteng pertahanan arsenal sedikit rapuh. Seharusnya arsenal membeli beberapa pemain pertahanan untuk meningkatkan kestabilan dalam pasukan mereka.

Liverpool pula telah membawa masuk bekas pemain chelsea iaitu joe cole ke dalam pasukan mereka. Liverpool juga membeli beberapa pemain baru untuk memperkuatkan pasukannya.

Pasukan yang mendapat perhatian pada musim lepas iaitu tottenham hotspur yang menduduki tempat keempat dan layak ke play off liga juara-juara eropah dilihat akan sekali lagi memberi saingan kepada pasukan2 pilihan.

Selepas pusingan pertama dimulakan pasukan chelsea telah menunjukkan kekuatan mereka dengan membelasah west brom 6 - 0. Ini membuktikan mereka serius untuk mempertahankan trofi liga perdana inggeris daripada dirampas pasukan lain. Pasukan liverpool pula membuat kejutan dengan kejayaan mereka meraih satu mata daripada pasukan arsenal. Kemampuan ini membuktikan liverpool telah memperkasakan jentera pasukan mereka untuk bersaing dengan pasukan2 lain.

Kejutan yang paling besar adalah apabila pasukan yang baru dinaikkan liga blackpool berjaya mengalahkan wigan dengan jaringan yang besar. Adakah blackpool akan terus membuat kejutan dan mengalahkan pasukan2 kuat yang lain.

Tumpuan peminat man utd semestinya kepada rooney yang kehausan jaringan sejak pulih dari kecederaan. Adakah rooney mampu menyamai kehebatannya pada musim lepas atau sebaliknya. Kebangkitan berbatov juga telah memberikan persaingan yang sengit kepada penyerang2 man utd untuk turun bermain.

Persoalannya mampukah pasukan2 pertengahan liga seperti everton, spurs dan lain2 mengambil alih tempat daripada pasukan2 pilihan dan menjuarai trofi liga perdana inggeris. Kita tunggu dan lihat..



0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members