Iklan Free

Wednesday, August 11, 2010

Tengahari tadi tempat aku praktikal ada buat jamuan makan. so dorang ajak la semua yang ada kat situ pegi makan, Aku pun termasuk skali la yer(dengan jemputan tau bukan main sergah jer).

Kitorang pun turun la beramai-ramai pegi ambik makanan kat unit pemasaran yakni tempat jamuan la tu. menunya nasi hujan alaa yang ada merah kuning biru putih tu la.. orang kelantan panggil nasi hujan panas. halamak... aku dah la bawak nasi bungkus nanti tak termakan la pulak so aku ambik je la spaghetti. jeng.. jeng.. pencuci mulut?? Dadih. wah.. aku dah la hantu dadih, sikit plak tu dorang bagi. tengah makan tu aku pun terpikir.. "sedap jugak kalo buat dadih nih"

So balik dari keje tu aku trus pegi pasar n beli serbuk dadih + aiskrim.. ops jangan salah sangka aiskrim tu sebagai alas perut aku je la bkan secret recipe untuk buat dadih. Sampai je rumah aku terus ke dapur n bikin ini dadih.

Dadih ni sedap sebab rasanya yang lembut ianya sangat sedap dimakan ketika sejuk. Cara2 nak membuatnya bukan susah sangat pun:

kaedah membuatnya
a)Panaskan 3liter air paip, gula 100gram dan susu cair satu tin. Biarkan ia mendidih
b)Lepas padamkan api, masukkan serbuk dadih dan kacau selama 5minit
c)Last sekali masukkan gula buah dan kacau sampai sebati





Ini la Serbuk dadih perisa coklat.



Selepas siap dimasak, dadih akan dimasukkan kedalam bekas pulak. Supaya mudah dimakan dan juga mudah disimpan,

Bekas2 yang telah diisi dadih


Biarkan dadih sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Inilah rupa dadih yang sudah siap dan sedia untuk dimakan




Jom la makan dadih aku belanja nih,, auuummm nganga mulut tu

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members