Iklan Free

Sunday, August 8, 2010

Semalam saya ada la pegi dengar kuliah agama kat masjid. Ustaz yang mengajar ni memang tersohor dan memang ramai orang yang akan datang mendengar kuliah dari beliau. Kisahnya macam ni, dalam sebuah negara tu ada anak orang islam belajar di sekolah kristian, setiap hari cikgu disekolah tersebut akan mengajar tentang nampak maka wujud, tidak nampak maka tak wujud. Tiap-tiap hari cikgu itu akan bertanya soalan tersebut kepada murid-muridnya

cikgu: awak nampak tak pen yang saya pegang ni
murid: nampak cikgu
cikgu: maka pen ini wujud

keesokan harinya cikgu ni bertanya lagi
cikgu: Kamu nampak tak papan hitam yang sedang saya tulis ni
murid: nampak cikgu
cikgu: maka papan hitam ini wujud

Begitulah seadanya, cikgu itu akan bertanya dan terus bertanya kepada anak muridnya

Suatu hari cikgu ini mula ingin mempersoalkan tentang kewujudan Allah S.W.T. Setelah 5 tahun murid2 ini diajar tentang nampak maka wujud, cikgu ini berasa yakin yang dia dapat mempengaruhi pemikiran murid2nya
cikgu: kamu semua nampak tak Allah
murid: tak nampak cikgu
cikgu : maka Allah tidak wujud kata cikgu tersebut

Tiba2 anak seorang ustaz bersuara dan bertanyakan soalan kepada kawan2nya
anak ustaz: Kawan2, kamu nampak tak otak cikgu tu
murid: tak nampak
anak ustaz: maka cikgu itu tak ada otak.
cikgu: (diam)..

Moralnya tidak semua benda yang kita nampak barulah benda itu wujud. kita tak nampak Allah tapi kita yakin Allah wujud. wassalam

*yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan tauladan

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members