Iklan Free

Thursday, August 19, 2010


Cemburu ni bagi aku sangat sinonim dengan pasangan kekasih dan juga suami isteri. Tetapi ada juga cemburu yang melibatkan kawan yang cemburu dengan kejayaan kawan2nya, cemburu dengan kesenangan orang lain dan macam2 lagi,

Cemburu sebenarnya boleh dibahagikan kepada banyak kategori tetapi apa yang aku nak citer skrang ni adalah pasal cemburu dengan kekasih. Tak kira lah yang cemburu tu lelaki ke perempuan yang penting pasangan kekasih la.

Mengapakah perasaan cemburu ni timbul sebenarnya, adakah kita cemburu kerana pasangan kita Berjaya, adakah kita cemburu kerana pasangan kita orang berada atau adakah kita cemburu kerana pasangan kita rapat dengan lelaki/perempuan lain.

Bagi aku perasaan cemburu ni perlu juga ada tetapi perasaan ini perlu dikawal. Biarlah kita yang mengawal perasaan cemburu bukan cemburu yang mengawal perasaan kita. Semakin hari semakin banyak berita pasal orang yang cemburu naik angin dan membuat perkara-perkara yang keji kepada pasangannya. Antaranya menyimbah dengan asid, membuat kacau dan yang paling teruk adalah membunuh kekasihnya. Adakah kita mahu menjadi seperti mereka??

Kejadian seperti ini tidak akan terjadi sekiranya kita berjaya mengawalnya daripada merebak. Perasaan ini sebenarnya sangat subjektif, kadang2 perasaan cemburu ini ditunjukkan hanyalah untuk menarik perhatian pasangannya supaya memujuknya. Perkara ini sangat zahir bagi orang perempuan kerana mereka memang suka dipujuk. Standard la kan..

Perasaan cemburu yang sebegini akan menambahkan lagi rasa kasih kepada pasangannya.

Tetapi ada juga pasangan yang tidak dapat menerima kekasihnya yang senang cemburu. Kerana ini akan menyebabkan mereka akan tersepit antara kerjaya, pelajaran, keluarga dan lain-lain. Tetapi mampukah kita mengurangkan perasaan cemburu secara 0%.

Kita sebagai manusia semestinya tak kan mampu menolak kenyataan ini kerana setiap manusia dikurniakan perasaan. Perasaan inilah yang menyebabkan berlakunya pergaduhan antara satu sama lain. Biasalah kan..

“Sedangkan lidah lagi tergigit”,

Berbalik kepada tajuk kita iaitu “cemburu yang terlampau”. Macam pramu*$& terlampau la plak tajuknya kan tapi tak pa la kan.. tajuk je pun.
Perasaan cemburu jenis ini akan mengongkong semua jenis perbuatan yang dilakukan pasangannya. Itu tidak boleh ini tidak boleh dan semua2 lagi lah yang berkaitan. Cemburu ini akan membuatkan pasangannya rasa tertekan dan tidak yakin dengan diri kita. Keadaan yang memaksa maksa akan menyebabkan pasangan kita hilang perasaan respek kepada kita sekaligus membuatkan mereka berasa dingin terhadap kita.

Setiap orang pasti tidak mahu bergaduh dengan kekasihnya kerana bila bergaduh hati tak senang, makan tak lalu, mandi tak basah dan lagi lagi lagi.. etc. Pergaduhan sebenarnya akan menyebabkan kita kecewa dengan diri kita dan pasangan.

Cemburu yang melampau juga akan menyebabkan pasangan kita bertindak secara agresif dan hilang kawalan. Mereka akan memukul kekasihnya semata-mata kerana perasaan cemburunya yang membuak-buak. Tetapi adakah korang sedar perkara sebegini memang banyak terjadi. Kekasihnya sanggup dibelasah asalkan dia tidak meninggalkannya.

Sebenarnya kalau difikir fikirkan kuatkah seorang perempuan untuk menahan kesakitan akibat dipukul lelaki. Kalau perempuan yang pukul lelaki tu macam kena gigit semut jer lah kan. So tak der la hairan sgt. Cubit2 manja gitu..
Cukuplah sampai sini.. korunk pkir2 la sendiri yer. Aku bagi can..

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members