Iklan Free

Sunday, August 8, 2010

Wah penting betul b. Ingg ni yer, kat mana2 pn dorang duk pakai bahasa mat saleh ni. nak tak memang kena belajar la jugak. Tapi macamana? Aku ni dari dulu lagi still tak cekap2. Nak kata tak belajar tak logik pulak sebab dari tadika sampai sekarang aku tak abis2 lagi belajar. huhu.. org lain da keje n siap da beranak pinak lagi. Apa yer masalahnya susah sgt nak terima bahasa inggeris ni. Nak boleh speaking bla.. bla.. macam org lain.

Teringat pulak masa zaman sekolah2 dulu, cikgu kata, awk kalo nak pandai b. Ingg kena la byk berkomunikasi dengan kawn2 dalam b. Ingg, guna perkataan-perkataan b. Ingg. Hm.. aku pun apa lagi try test la speaking ngan kawn2.

Hello, how are u today??

Sekali kawn aku kata cakap b. Ingg konon, mulut bau petai. ish2... malunya aku time tu :<.
macam tu la sikap segelintir org2 yang rapat dengan aku, tak abis2 nak menyindir padahal diri sendiri pun tak betul. So aku pun jadi tak der mood nak belajar b. ingg lagi. Masa exam UPSR, PMR dan SPM.. result b. Ingg aku cukup2 makan jer tapi aku tengok kawn2 aku selamba jerk. So aku takder la risau sgt dgn result aku time tu. Habis je Spm aku buat diploma kat kolej di kota bharu. Kat kolej tu bahasa melayu adalah bahasa utama dalam pembelajaran so aku tak der la nak kalut sgt. Nota pn in malay, so tak der masalah la kan. Habis je diploma aku smbung buat degree kat universiti tempatan, haaa.. sekali kelam kabut aku. semua dalam b. Ingg, lecture, note, present.. adoi baru rasa nak nangis time tu. nyesal tak blaja b. Ingg betul2.

Agak2 la aku ni sepatah haram pn tak tau masa tu, bayangkan basic pn tak lepas, : (. Tapi rupa-rupanya bila belajar kerana terpaksa ni cepat je dapat tangkap. heran gak aku, maybe gak kerana persekitaran yg macam tu. Nak kata aku cekap tu tak derlah tapi sekurang kurangnya aku paham apa yg org cakap. sebelum ni org speaking ngan aku, aku duk senyum jer sebab tak paham kan. yes, yes, no, no, u love me? u labi air.. tu je tahap kefahaman aku. rendah bangat sih. Tapi sekarang aku dah paham, sebenarnya ia jadi payah sebab kita berfikiran kolotdan bersikap negatif belum cuba dah mengalah dan selalu terikut ikut dengan gaya rakan2 yang malas. So betullah kata orang2 tua "Nak seribu daya tak hendak seribu dalih".

0 comments:

Post a Comment

Keladi Air Followers

Keladi Air Members